Kaji hadkan ambil subjek SPM – TPM

Kaji hadkan ambil subjek SPM – TPM PDF Cetak E-mel
Disediakan oleh: Web Admin
Jumaat, 22 Mei 2009
Oleh HELMI MOHD. FOAD
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spam bots, anda perlu mengaktifkan Javascript untuk membacanya // <![CDATA[
document.write( ” );
// ]]>

PUTRAJAYA  – Kecenderungan pelajar-pelajar pintar yang sanggup mengambil sehingga 20 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mungkin akan berakhir.

Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengkaji kemungkinan untuk mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan awam itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, amalan membenarkan seseorang calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk membabitkan pemilihan bagi mendapatkan biasiswa kerajaan.

”Saya bukannya tidak bersetuju dengan mereka yang mengambil banyak subjek termasuk ada yang sampai 20 subjek tetapi ia menyebabkan timbulnya soal tidak konsisten mendapat keputusan A1.

”Jadi, kita hendak selaraskan sama ada pelajar sekolah berasrama penuh atau sekolah lain akan ditentukan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan barisan kepimpinan baru Pergerakan Puteri UMNO yang diketuai Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat pada 14 Mei lalu bahawa kerajaan akan mengkaji kriteria pemilihan bagi mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tee Keat dipetik sebagai berkata, pada masa ini kriteria pemilihan berasaskan kepada merit (20 peratus), kaum (60 peratus ), penduduk Sabah dan Sarawak (10 peratus) dan pelajar dari kumpulan kurang berkemampuan (10 peratus).

Muhyiddin berkata, setakat ini isu biasiswa JPA telah dibincangkan sebanyak dua kali dalam mesyuarat Kabinet.

Katanya bagi membincangkan dengan lebih lanjut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 25 Mei ini bagi meneliti perkara itu.

”Saya tidak pasti sama ada ia membabitkan senarai pelajar yang ditawarkan biasiswa JPA pada masa ini atau senarai pada masa akan datang,” katanya.

Kata beliau, kebiasaannya kriteria mendapatkan biasiswa berasaskan kepada jumlah A1 yang diperoleh dalam SPM.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu menyebabkan terdapat pelajar termasuk dari sekolah asrama penuh tidak dapat bersaing kerana mereka tidak dibenarkan mengambil lebih banyak mata pelajaran.

Dalam pada itu, kata beliau, kerajaan tetap mengambil kira soal kedudukan pelajar yang datang dari sekolah di kawasan pedalaman atau golongan kurang berkemampuan dalam menentukan kelayakan mendapatkan biasiswa JPA.

”Mereka tidak boleh bersaing dengan pelajar-pelajar yang datang dari sekolah di kawasan bandar dan kalau kita tidak beri pertimbangan, mereka tidak akan mendapat peluang,” katanya.

~ by kombura on August 28, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: