Tema KK RC SPM 2010

Makluma kepada semua calon RC SPM 2010, tema kerja kursus ialah:

1. Pembersihan

2. Perlindungan

3. Penyimpanan

~ by kombura on July 18, 2009.

21 Responses to “Tema KK RC SPM 2010”

  1. TEMA REKA CIPTA SPM 2010

    1.0 PEMBERSIHAN

    1.1 Bidang

    Kepenggunaan

    1.2 Fokus

    Reka ciptaan yang digunakan diruang dapur

    1.3 Pengenalan

    Membersihkan sesuatu bahan masakan atau peralatan dapur merupakan satu keperluan dalam kehidupan

    1.4 Takrif

    Pembersihan merupakan proses kerja untuk membersihkan bahan masakan atau peralatan dapur daripada sebarang pencemaran yang boleh merosakkan atau menggangu kesihatan pengguna.

    1.5 Aplikasi

    Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk membersih /mencuci/menghapus/menanggal/menghilang/sesuatu kotoran /pencemaran/bendasing pada bahan masakan atau bahan peralatan dapur agar tidak menggangu kesihatan

    1.6 Kaedah

    Kaedah yang mesti digunakan adalah menggosok/menyental/meyembur/menyedut/memutar/menggoncang/mememberus/menghembus/mengempar.

    Catatan :
    Contoh – kuali / pisau/periuk /mikrowave dll
    Contoh – sayur / kentang /timun/bawang dll

    Asalkan bahan/peralatan didapur – melibatkan ruang masakan.

    2.0 PERLINDUNGAN

    2.1 Bidang

    Sukan dan rekreasi

    2.2 Fokus

    Reka ciptaan yang digunakan untuk aktiviti sukan atau rekreasi

    2.3 Pengenalan

    Perlindungan merupakan aspek keselamatan yang sangat penting semasa melakukan aktiviti sukan dan rekreasi .

    2.4 Takrif

    Perlindungan merupakan cara untuk melindungi diri daripada kecederaan / kemudaratan .

    2.5 Aplikasi

    Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk melindungi /menghalang /mengelak/menghindar diri daripada sebarang bentuk kecederaan / kemudaratan

    2.6 Kaedah

    Kaedah yang mesti digunakan adalah menyarung / membungkus / melekap / mengikat / mencengkam/ menghadang / menudung / menutup

    3.0 PENYIMPANAN

    3.1 Bidang

    Kepenggunaan

    3.2 Fokus

    Reka ciptaan yang digunakan dirumah

    3.3 Pengenalan

    Menyimpan sesuatu bahan / peralatan sangat penting untuk keselesaan pengguna dirumah

    3.4 Takrif

    Penyimpanan merupakan proses kerja untuk menyimpan bahan / peralatan disatu tempat supaya tidak rosak/selamat/teratur /tersusun

    3.5 Aplikasi

    Reka ciptaan yang boleh digunakan untuk menyimpan bahan / perlatan dirumah supaya tidak rosak, selamat , teratur dan tersusun

    3.6 Kaedah

    Kaedah yang mesti digunakan ialah menyisih / melekat / melekap / menyusun/ menyangkut/ menggantung/ memutar.

    Catatan : Didalam dan diluar rumah ( bermula dari pagar ke pintu belakang)

    SUMBER MPKK 2010

  2. Perhatian kepada semua calon, berhati-hati apabila memilih tema PENYIMPANAN.

    1. Dalam kerja kursus ini, fokus reka ciptaan ialah terhadap PROSES PENYIMPANAN, bukan perbuatan menyimpan semata-mata. Contohnya begini:

    Contoh 1:
    Junior meletak/menyimpan buku pada rak yang buku yang disimpan (perbuatan menyimpan selesai di situ sahaja). …tiada ‘proses penyimpanan’ dalam reka ciptaan rak buku tersebut. JADI, REKA CIPTAAN INI SALAH/TIDAK MEMENUHI KRITERIA.

    Yang betul:
    Junior memasuk/meletak buku ke dalam rak, kemudian buku itu bergerak/menggelongsor/beralih ke ruang yang ‘ngam ngam’/sesuai dengan saiznya.

    Contoh 2:
    Juanita mereka cipta tabung penyimpanan duit siling. Jika duit siling jatuh terus ke dalam tabung, maka reka ciptaan Juanita itu tidak memenuhi kriteria tema penyimpanan tahun ini.

    Yang betul:
    Juanita memasukkan duit siling, kemudian duit siling itu bergerka/menggelongsor masuk ke ruang yang sesuai dengan nilainya/saiznya.

    Contoh reka ciptaan lain yang menepati tema penyimpanan (proses menyimpan):
    Thaddeus mereka cipta rak penyimpanan khas untuk piring. Jika ruang penyimpanan itu ‘muat’/ngam-ngam untuk piring itu sahaja, maka reka ciptaan itu dianggap telah memenuhi kehendak tema penyimpanan tahun ini. Tetapi jika piring lain yang lain bentuknya boleh muat/masuk dalam ruang itu, maka reka ciptaan itu dianggap TIDAK MENEPATI TEMA ini.

    • mcm ner nk tgok cth2 model rc??tajuk penyimpanan

      • Terdapat banyak contoh model untuk tajuk penyimpanan.
        Tapi anda mesti berhati-hati kerana tema penyimpanan kali ini mahukan reka ciptaan yang dapat menunjukkan PROSES PENYIMPANAN (bukan penyimpanan).

  3. encik kombura…

    harap dapat beri ulasan tentang.

    1. Pembersihan

    2. Perlindungan

    terima kasih..saya bakal ambil spm tahun 2010 ni.

    • adik lyiana,
      Selain drpd maklumat di atas, terdapat beberapa penjelasan lagi:

      Tema Pembersihan:
      -pastikan reka ciptaan yang hendak dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan (dgn mengaplikasi kaedah2 yg dinyatakan) bahan/alatan yang DIGUNAKAN DI RUANG DAPUR sahaja.
      -botol susu bayi bukan bahan/alatan di ruang dapur.
      -ketahui maksud sebenar setiap kaedah, misalnya perbezaan antara kaedah menggosok dengan menyental. Kaedah menggosok dan menyental hampir sama, bezanya ialah kaedah menggosok kurang menggunakan tenaga/perlahan; manakala kaedah menyental perlukan lebih tenaga/lebih kuat.

      Tema perlindungan:
      -perlindungan terhadap tubuh badan sahaja dan bukannya ke atas peralatan, etc.
      -Contoh: Dalam kejohanan olahraga sekolah, atlit yang baru menghabiskan larian pecut 100m (Cthlah) dan memakai kasut spike (yg berpaku tu) akan terdedah kepada kecederaan kaki (betis/buku lali) apabila berjalan balik ke tempat permulaan/semasa keluar dari trek perlumbaan. Oleh itu, satu reka ciptaan direka untuk menutup tapak spike tersebut supaya gigi/paku spike itu tidak terdedah dan tidak mendatangkan kecederaan terhadap kaki atlit berkenaan.
      Dlm situasi di atas, reka ciptaan tersebut boleh diterima dalam tema perlindungan tubuh badan.
      Namun, jika atlit itu menutup tapak spike tadi tetapi tidak lagi memakainya (cthnya menyimpan/meletak spike tersebut), maka reka ciptaan tersebut tidak bertepatan dengan tema perlindungan tubuh badan.
      W/B/pun, kaedah pengolahan terhadap pernyataan masalah/kaedah penggunaan reka ciptaan berkenaan mungkin dapat membolehkan reka ciptaan tersebut diterima/dianggap bertepatan dengan tema tersebut.

      Saya cadangkan adik lyiana mengunjungi laman rcgroup.yahoo. Ramai pakar rujuk RC ada di sana. Saya guru biasa saja. harap perkongsian di atas dapat membantu….

  4. apakah nama laman web untuk rc

  5. pinggan terlibat dalam ruangan dapur??
    kalau saya nak buat device macam. dish washer??
    boleh kan??
    digunakan di dapur dan aplikasi membersih /mencuci/menghapus/menanggal dan kaedah menyembur(air)boleh?

  6. boleh dengan mengaplikasikan kaedah yang ditetapkan dalam MPKK RC 2010

  7. adakah setiap projek memerlukan at least 3 gabungan??

    • Dalam buku panduan kerja kursus rc (MPKK RC) 2010 (spt tahun2 lepas juga), calon menggabungkan (mensintesis) 2 idea sahaja…anda boleh rujuk dalam kriteria 1.3 (i) hingga kriteria 1.3(iv).
      Oleh itu, minimum gabungan idea ialah 2 idea. Tidak pula dinyatakan sama ada calon boleh menghasilkan 3 idea untuk digabungkan, tetapi saya percaya pada peringkat lebih tinggi lebih banyak idea dan gabungan lebih baik…dalam peringkat SPM ni, yang dinyatakan cuma gabungkan 2 idea sahaja.

  8. want 2 more know rc folio

    • FieQa,
      kalau anda mengambil mata pelajaran rc, sudah pasti anda mengetahui tentang folio rc….rc folio ialah elemen penilaian dalam kertas 2 m/p reka cipta (kerja kursus) selain reka ciptaan (artifak). Penghasilan folio rc adalah mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan. Sungguh mudah, ikut saja kriteria/penuhi saja kriteria tersebut maka anda pasti mendapat markah/gred. Folio rc spm 2011 (tg4 2010) adalah berpandukan Buku Panduan @ Manual Pentaksiran Kerja Kursus Reka Cipta SPM 2011. Anda boleh mendapatkan/merujuk guru rc di sekolah anda untuk melihat lebih detail. Sesetengah sekolah misalnya sekolah saya (SMK Tambunan, Sabah, p/s30, 89657 Tambunan, Sabah) belum lagi mendapat manual pentaksiran berkenaan!

  9. cmnew nk cri model penyimpanan(rak kasut) kt intrnet???

    • wah azriey…sepetik jari ja anda pasti dapat model/contoh model rak kasut dari internet!…anda cuma perlukan kemahiran menggunakan/mengakses internet…mungkin anda agak baru dengan internet?….

      satu langkah mudah:
      taip ‘rak kasut’ (atau ‘rack’, atau apa2 saja) dalam ruang carian google…
      bila da keluar paparan result carian tu, anda klik pada menu ‘image’…dengan menekan ‘image’ maka result daripada carian anda tadi dipaparkan dalam bentuk gambar saja…so boleh lu you pilih2 mana rak yang disukai…:)…gud luck.

  10. adakah projek kita bleh sma dgn rakan yg lain??

    • hello faiz…
      dalam mesyuarat/taklimat oleh para pentaksir kebangsaan, adalah dibenarkan calon membuat projek yang sama dengan rakan…walau bagaimanapun, anda sendiri sedia maklum bahawa projek tersebut tidaklah boleh 100% sama…contohnya dari segi saiz, reka bentuk, warna, dan sebagainya…kalau sudah begitu kesnya,maka pastinya tidak dibenarkan. kesimpulannya, projek calon mempunyai persamaan dengan projek rakan dari segi idea dan fungsi..secara ringkasnya, walaupun projek sama tapi MASING-MASING BUAT…

  11. hye..apa product yang sesuai yg menggunakan kaedah membaling(peyimpanan) dan memulas(pertanian) ??

    • ehmm…cigu nak fikir lagi nih…hehehe…sudahberali bidang ni, tidak ajar RC lagi oh…

      mungkin:
      membaling(penyimpanan): baling bola-simpan alatan sukan/pj
      memulas(pertanian): memulas buah pulasan/rambutan…kekeke

  12. […] Tema KK RC SPM 2010 July 200920 comments 3 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: